
Manusia Hari Ini Suka Berprasangka ada sangkaan baik ada sangkaan buruk orang beribadah disangka riak orang relaks disangka malas orang berbaju baru disangka menunjuk orang berbaju buruk disangka zuhud orang makan banyak disangka pelahap orang makan sedikit disangka diet orang senyum disangka mengejek orang masam disangka merajuk orang bermuzakarah disangka mengumpat orang diam disangka menyendiri orang menawan disangka memakai susuk orang tampak ceria disangka ada membela... mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada ALLAH mana tahu yang senyum itu kerana sedekah mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya mana tahu yang ceria itu kerana cergas dan cerdasnya jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api.. satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat semuanya bergantung kepada bagaimanakita mantafsirkannya --------------- YA ALLAH... JAUHKANLAH HAMBAMU INI DARI FITNAH...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar